Dua perkara yang ada dalam
kehidupanmu. Angan-angan dan kematian. Angan-angan akan memanjangkannya dan
kematian itu akan memendekkannya.
Umar abdul aziz: sesungguhnya
malam dan siang telah bekerja untuk kamu. Maka hendaklah kamu bekerja pada
kedua-duanya.
Iblis: aku merasa hairan
dengan manusia, mereka mencintai Allah tetapi mereka melakukan
maksiat kepadaNya. Mereka membenciku, tetapi mereka menurutiku.
Antara perkara yang hairankan
ialah seorang ayah mengajar anak kecilnya bercakap dan berjalan, kemudian
melarangnya.
Jangan kamu minta seorang
wanita mencintaimu,. Tetapi buatlah agar mereka mencintaimu.
Wanita patut mengikut lelaki
kerana mereka diciptakan setelah lelaki.
Semakin hebat seorang wanita
mencantikkan rupa wajahnya, semakin kuranglah dia mencantikkan rumahnya.
Kata-kata seperti ubat.
Bermanfaat ketika sedikit dan membunuh jika berlebihan.
Tidak perlu anda berkata semua
yang anda tahu, tetapi anda perlu tahu apa yang anda ingin katakan.
Isteri yang cantik ialah
isteri yang menanam kecantikkannya di dalam hati suaminya.
Bukan keaiban jika kamu
terjatuh, tetapi keaiban ialah kegagalan kamu untuk bangkit.
Hati mampu keluarkan suara
yang menyatakan bahawa ada seseorang sedang memandang ke arahmu dengan mata
hatinya.
Salah satu dari cabaran yang
hebat ialah kamu mampu ketawa dalam keadaan mata hatimu berkaca duka.
Kebanyakan orang akan
melupakan kesalahan mereka tetapi aku tidak akan melupakan sebab kesalahan itu
berlaku.
Pernah orang bertanya kepada
saidina Ali: “kenapa berlaku banyak kekacauan di zaman pemerintahanmu,
sedangkan kamu adalah dari ahli bait Sallallahu Alaihi Wa Sallam, yang terawal
memeluk islam, yang menerima pengiktirafan dari Sallallahu Alaihi Wa Sallam.
Tidak sebagaimana umar yang memerintah umat ini dengan aman dan terserlah
keimanan umat itu menguasai.”lalu saidina Ali menjawab: “bagaimanakah mampu
akan lakukan sebagaimana umar. Kerana rakyat umar adalah aku dan rakyatku pula
adalah engkau.”.
Kata seorang ilmuan setelah
pulang dari pengajiannya di luar Negara: “wahai kaumku, janganlah engkau
terlalu mendahului aku dengan meminta kepada berfatwa, tetapi dahuluilah
kepadaku sokongan untuk kulakukan kebaikan dalam kehidupan kita, menyekat
keburukan dan melakukan perubahan”.
Meninggalkan maksiat adalah
jihad dan usaha berterusan membendungnya adalah pertarungan.
Isteri cerdik dan solehah
mampu mengubah padang pasir kepada taman buahan indah.
“Kita memerlukan pemuda yang
soleh dan pemudi yang beriman untuk membina institusi keluarga bahagia”(muqawwimaat
saadatuzzawaj).
“Ketiadaan diri peribadi
Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan jawapan di atas kegagalan dakwah di zaman
ini”(syed qutb).
0 komentar:
Posting Komentar